Ada kawan beritahu, kekalahan BN dalam PRU-12 yang lepas bukanlah disebabkan badai (tsunami) politik, BN kalah kerana diserang ‘mild stroke’ lantaran para pemimpin serta pengikutnya tidak menjaga makan dan minum, tidak cukup tidur dan tidak melakukan senaman ringan. Entahlah… cuba baca buku yang ditulis oleh para perawi politik masakini untuk mendapat jawapannya. Buku Political Tsunami: An End to Hegemony in Malaysia? yang diberi kata pengantar oleh Anwar Ibrahim ini mungkin dapat kita cari penyembuh ‘mild stroke’ yang menyerang BN ini.
Judul:Political Tsunami: An End to Hegemony in Malaysia?
ISBN:978-983-40922-5-2
Penulis:Pelbagai penulis dengan kata pengantar oleh Anwar Ibrahim
Penerbit:Kinibooks
T/T:2008
Hal.:225
