Rujukan tentang Tanah Simpanan Melayu

Semasa membelek-belek rujukan dalam koleksi peribadi tentang isu pemilikan tanah yang diutarakan dalam Di Luar Lingkungan Edisi 2, saya bertemu beberapa penulisan menarik tentang isu ini. Di antaranya:
1. “Undang-undang Tanah Simpanan Melayu” oleh Ahmad Nazri Abdullah di dalam buku “Sejarah Masyarakat Melayu Moden”, Khoo Kay Kim (Editor), Jab. Penerbitan Universiti Malaya, 1985. Fokus artikel ini adalah perspektif sejarah dan implikasinya terhadap kehidupan masyarakat Melayu dalam hal berkaitan tanah dan pemilikannya.
2. Buku “Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan” karangan Syed Husin Ali juga menarik untuk bacaan kita bersama untuk memahami realiti dan cabaran hidup sebagai Melayu di bumi Malaysia ini. Buku ini pertama kali ditulis dalam tahun 1978 dan kini diterbitkan kembali berserta semakan semula dengan tambahan fakta dan statistik terbaru.

Selamat membaca.

Portal Rasmi Bukuonline

Jemput layari portal rasmi bukuonline di alamat http://bukuonline.net

Tema untuk Di Luar Lingkungan kedua

dll1
Tema ‘Model Masa Depan Pemilikan Tanah di Malaysia’ untuk Di Luar Lingkungan edisi 2 Januari 12, 9.30 malam. Anda boleh mencadangkan senarai buku/bacaan yang boleh membantu perbincangan isu ini.

Tsunami Politik?

Ada kawan beritahu, kekalahan BN dalam PRU-12 yang lepas bukanlah disebabkan badai (tsunami) politik, BN kalah kerana diserang ‘mild stroke’ lantaran para pemimpin serta pengikutnya tidak menjaga makan dan minum, tidak cukup tidur dan tidak melakukan senaman ringan. Entahlah… cuba baca buku yang ditulis oleh para perawi politik masakini untuk mendapat jawapannya. Buku Political Tsunami: An End to Hegemony in Malaysia? yang diberi kata pengantar oleh Anwar Ibrahim ini mungkin dapat kita cari penyembuh ‘mild stroke’ yang menyerang BN ini.

Photobucket

Judul:Political Tsunami: An End to Hegemony in Malaysia?
ISBN:978-983-40922-5-2
Penulis:Pelbagai penulis dengan kata pengantar oleh Anwar Ibrahim
Penerbit:Kinibooks
T/T:2008
Hal.:225

Di sisi lain fikiran…

Membaca ulasan penulis sendiri tentang karyanya, RESET Rethinking the Malaysian Political Paradigm, (Suflan Shamsuddin) memberi kita satu gambaran realiti dunia politik di Malaysia terutama selepas PRU-12. Bagaimana dengan pandangan anda?…

Buku politik

Judul:RESET: Rethinking the Political Paradigm
ISBN:9834352131
Penulis:Suflan Shamsuddin
Penerbit:ZI Publications Sdn Bhd
T/T:2008
Bil.Hal.:236

Bertemu Kembali

Selamat menyambut 2009 dengan penuh harapan dan cabaran. Semoga tahun ini menjanjikan kesejahteraan kepada semua. Selamat kembali ke sesawang bukuonline. Kita lakukan semula apa yang kita senangi… baca, baca, baca dan diskusi. Kita kongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan. Kita alu-alukan berbeza pendapat dan akhirnya tetap kita cari satu titik pertemuan. Bagaimana?

Cabaran 2009

Komuniti Bukuonline

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.